Monday, 15 February 2016

post-LKD


Cara nak lepaskan rindu;

"Hanna (one of admin ig traveloglkd7), ana nak post satu malam ni boleh?"

"Sila silaaaa"

So, that is it. I post one that night.

I guess every one us (lkd7's) are feeling the same thing.

Hahahah rasa nak tergelak pun ada. Tak sangka akan angau macam ni lepas join program lkd.
Dah jadi macam akh syafiq la pulak.

But seriously, we cant deny ourselves.

Whatsapp sampai beribu2 setiap hari. Tapi, aku still baca n join chat sama2 dalam tu. Rasa macam dah kawan rapat sampai 5, 6 tahun pun ada. Padahal program tak sampai sebulan pun. Cukup 25 hari je.

Masa kat sana, first impression aku ialah mereka sangat HEBAT. Yes, aku rindu dengan semangat mereka, aku rindu dengan persoalan2 matang mereka, aku rindu dengan tazkirah2 yang sangat awesome and menusuk kalbu itu, aku rindu untuk masak bersama2, aku rindu dengan gurauan-gurauan mereka, aku rindu dengan ketepatan masa mereka. Aku rindu dengan suara lunak mereka apabila membaca ayat2 Allah. Aku rindu semua itu.

Selalunya, apabila waktu petang, ikhwah(lelaki) lah yang paling semangat sekali memanggil semua orang untuk sama2 baca ma'thurat. Entah kenapa itu yang paling aku ingat. Aku pun tak tahu. Kalau masuk waktu solat pun sama. And bila time masak, masakan group ikhwah memang akan lagi sedap daripada masakan akhawat. Sumpah tak tipu ! Apa rahsia diorang pun aku tak tahu :') *pasrah*

Dan apabila selesai sahaja setiap slot, aku paling tertunggu soalan2 mereka yg sangat matang untuk diajukan kepada muwajjih2(penceramah) yang datang. Meskipun aku juga mempunyai soalan aku tersendiri, aku hanya mendiamkan diri dan hanya tersenyum apabila salah satu daripada soalan yang diajukan sama juga rupanya seperti aku.

                                                .
                                                .
                                                .


One of the best thing masa LKD ni is masa kat bandung. Excited dia memang takyah cite ah. Sebab memang rasa nak keluar sangat2 daripada kem raudah which is tempat pertama program lkd ni dijalankan. Rasa terperap sangat mula2 tu, tambah dengan homesick lagi. Bukan budak asrama la katakan.... huhu. Plus, dapat naik flight dengan kawan2 from semua negeri dalam Malaysia kott walaweeey :') *bolehnampakeksaiteddia* lol. Then, masa kat airport, tiba2 ada sorang abang pramugara ni tegur;

"Nak pergi mana dik ramai2 ni?"

''Kitorang nak pergi Bandung, ada camping."

"Semua ni satu sekolah ke?''

''Oh tak, ni semua campur sekolah2 dari semua negeri :))" *senyumawkward*

''Wahh, beruntungyaa. Okay, have fun!"

"Okay, terima kasih!"

Mana taknya orang tak tanya, masuk2 airport je dah block semua laluan orang hahaha..

                                        *********




                     ((penginapan pertama; Villa))


           ((penginapan kedua; Rumah 'kemkraf''))
                                                   






''Dialah Yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya. Dan hanya kepada-Nya-lah kamu (kembali setelah) dibangkitkan.'' 
-almulk, ayat 15
                                               .
                                               .
                     
Memang nak cakap kat sini yang aktiviti utama kitorang kat sini ialah berJALAN. Dengan kaki la yang pasti :') Memang penat. Penat yang tak terkata. Tapi disebabkan semua orang qowiy2 belaka. Aku pun dapat tempias kekuatan mereka. Hebat bukan? Fuhh.

Okay.... Kalau nak suruh cerita pengalaman memang berjilid2 pun tak habis.

Kekuatan yang aku dapat semestinya daripada Allah Ta'ala tapi disalurkan melalui sahabat2 yang lain terutamanya, dan tidak dilupakan juga kakak2 serta abang2 fasi yang sentiasa memberi semangat dalam segala bentuk cara. Sungguh. Semangat itulah yang aku sangat kagumi dan membuatkan aku ingin mengikuti langkah itu. Walaupun aku tahu aku tidaklah sehebat mereka dan mempunyai 1001 kekurangan, kata2 'aslih nafsak wadú ghairak' oleh akh syafiq sedikit sebanyak menenangkan hati ini.

Jika semua para da'íe menggunakan alasan untuk tidak berdakwah kerana diri mereka masih belum perfect, sudah tentu tak wujudlah para da'ie dekat bumi ni. Jadi, gaiss, dan duhai diri ini, kuatkan semangat! Jalan dakwah ni masih panjang! Wawa dah pilih jalan ni, jalan yang dahulu kalanya dibawa oleh para nabi. Oleh itu, ternyata ia tidaklah semudah a b c. Ianya amatlah sukar dan panjaaaang.

Moga hati ini terus tsabat dan kuat.

***********

Oh Allah give us strength mentally and physically to go through this journey and may the ukhuwah and bonds between us will never break down.


- ❤'s


No comments:

Post a Comment